Suasana pagi di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan sangat segar dan nyaman . Empat buah bangunan sekolah yang bercat kunimg terserergam indah dalam kawasan yang dihiasi dengan beraneka jenis pokok bunga.Harun,Swee Lan,dan Saridevi sedang bertugas di kedai koperasi sekolah sebelum loceng untuk sesi pembelajaran berbunyi .
Semasa sedang sibuk melayan pelanggang,seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba mengambil sebatang pen tanpa membayar harganya.Namun begitu,perbuatan murid itu berjaya dihalang oleh Harun.Murid tersebut sempat dinasihati oleh Munir . Budak itu akhirnya membayar harga bagi oen tersebut dan keluar daripada kedai koperasi sekolah.
Norlela banyak mempunyai pengalaman dalam urusan kedai koperasi tersebut kerana dia merupakan mantan ahli lembaga pengarah.Kini,dia bertugas sementara di situ sambil menunggu pekerjaan tetap.Kehadiran Cikgu Zulkifli menamatkan perbualan mereka.Cikgu Zulkifli datang membawa surat jemputan Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun ini.Norlela juga diundang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
...................................................................................................................................................................